PENGUATKUASA SERBU KEDAI VAPE, PENIAGA RUGI RM100,000

07:32 baron daos 0 Comments







@$!*PETALING JAYA - Seorang peniaga vape di Shah Alam mengalami kerugian RM100,000 setelah barangan perniagaannya dirampas dalam serbuan yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa Kementerian Kesihatan.#%@


@$!~Menurut peniaga terbabit, penguatkuasa terbabit datang dengan surat rampasan telah merampas 3,000 botol flavour vape yang mengandungi nikotin yang kesemuanya bernilai RM100,000, lapor The Star.^&*


"Mereka datang sekitar jam 4 petang dan tunjuk pada kami surat mendakwa rampasan dilakukan kerana produk kami mengandungi nikotin.


"Tetapi mereka tidak ada surat kebenaran yang menyatakan untuk merampas produk," katanya.


#$Peniaga terbabit cuba bertanya bagaimana dia boleh mendapatkan kembali barangan yang dirampas. Namun jawapan yang diberikan oleh pegawai penguatkuasa KKM itu sangat mengecewakan.%#


@#$^"Mereka hanya beritahu saya supaya bercakap dengan bos mereka jika mahu kembali barang-barang itu. Kami benar-benar tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana masih terkejut dengan apa yang baru berlaku ini," katanya.&*#

0 comments: