KEMENTERIAN KESIHATAN CADANG KENAKAN DUTI EKSAIS BAGI VAPE
@$^KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menimbang cadangan untuk memperkenalkan duti eksais untuk rokok elektronik atau vape untuk mengurangkan jumlah perokok di negara ini.#%*
#!&Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kementerian sedang mengkaji cadangan itu berdasarkan perundangan.&#$*
"Jika rokok dikenakan caj duti eksais, kita boleh berbuat demikian untuk rokok elektronik. Kami akan kaji dan lihat dari segi undang-undang.
Buat masa ini katanya, premis-premis yang menjual cecair vape yang mengandungi nikotin perlu memohon permit dari biro farmasi.
"Nikotin adalah di bawah akta racun. Jika mereka tidak mempunyai permit, maka ia adalah satu kesalahan dan tindakan boleh diambil terhadap mereka.
Ditanya mengenai reaksi pengguna yang mendakwa bahawa KKM mahu mengharamkan rokok elektronik kerana tidak dikenakan cukai, beliau berkata kementerian membuat cadangan itu kerana adalah tanggungjawab mereka mengutamakan kesihatan rakyat.
$%!"Dalam setahun, mereka yang menggunakan vape semakin meningkat. Itu yang membimbangkan pihak kementerian. Sekarang ia mula mempengaruhi anak-anak muda.^&*
#!@"Ia nampak seperti tiada kesan sampingan pada kesihatan tetapi sebenarnya ada. Ia akan menjadi lebih teruk dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya#$@
0 comments: