'PEKERJA BANGLA LEBIH SETIA & DIPERCAYAI' - TPM

07:23 baron daos 0 Comments







!@~#Malaysia lebih cenderung mengambil pekerja asing dari Bangladesh kerana mereka lebih setia dan dipercayai, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, responnya terhadap kebimbangan banyak pihak terhadap cadangan Putrajaya untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja dari negara Asia Selatan itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.$@%


&^"Tanpa prejudis, pekerja Bangladesh mempunyai kesetiaan yang lebih baik daripada pekerja lain. Kami mendapati, jika mereka bekerja di bahagian kaunter atau yang bertugas di kaunter stesen minyak, mereka lebih boleh dipercayai," katanya ketika mengulung perbahasan mengenai Bajet 2016. &*


Beliau berkata, cadangan itu akan melihat majikan memohon untuk pekerja asing melalui sistem online berdasarkan keperluan semasa.


Tambahnya, pekerja asing itu akan diberikan latihan dan kemahiran berkomunikasi terlebih dahulu sebelum datang ke Malaysia agar mereka tahu adat dan gaya hidup di Malaysia.


"Kami sedang bekerjasama dengan kerajaan Bangladesh, tidak seperti sebelum ini apabila ia dilakukan melalui ejen-ejen yang menyebabkan ketirisan dan pembaziran.


$@%"Kami sedang mencari jalan untuk memastikan ia tidak akan berlaku lagi," katanya.$%

0 comments: