Perompak Acu Parang Sebelum Larikan Vape
*&^TUMPAT, 2 Nov - Seorang dari dua perompak bertindak mengacukan parang di leher seorang pekerja kedai vape sebelum melarikan pelbagai jenis vape menyebabkan kedai tersebut kerugian sebanyak RM30,000.00@#!~
@$^~Dalam kejadian 1.30 pagi itu, perompak-perompak tersebut mengambil vape-vape itu di dalam almari dan mengisi ke dalam guni sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta wira.&$%
Pemilik kedai berkenaan, Mohd Arif, yang berada di tingkat atas semasa kejadian berkata di hanya mengetahui kedainya dirompak setelah pekerjanya naik ke tingkat atas dengan tangan terikat.
"Saya turun ke bawah tetapi sudah terlambat kerana perompak itu sudah melarikan diri.
"Pelbagai jenis vape, bateri dan aksesori vape lesap, yang dianggarkan bernilai RM30,000," kata beliau memetik laporan Sinar 0nline.
Menurut Mohd Arif lagi, pekerjanya tidak dapat mengecam muka perompak itu kerana mereka memakai topeng muka dan sarung tangan.
Pekerjanya juga memberitahu pada mulanya mereka menyangka perompak itu adalah pelanggan selepas ternampak kelibat di luar pintu kaca kedai.
"Pintu besi kedai dah tarik separuh, jeriji tidak dikunci.
@"Apabila perompak itu berada di depan pintu, pekerja saya nampak kaki mereka yang disangka pelanggan dan dibukanya pintu,"katanya.~
#@$%Kata Arif lagi, apabila pekerjanya menjenguk kepala di luar pintu, salah seorang perompak terus mengacukan parang di leher. Pekerjanya kemudian diarahkan masuk semula ke dalam kedai sebelum mengikat tangan mereka serta diarah mendiamkan diri.#$@~
0 comments: