KISAH SEDIH DI SEBALIK ANIMASI CRAYON SHIN CHAN PASTI BUAT ANDA MENANGIS
@$%Apakah kartun animasi kegemaran anda? Frozen? Shrek? Barbie? Spongebob? Upin dan Ipin? Doraemon atau Shin Chan? Walau apa pun kartun pilihan anda, Shin Chan adalah antara animasi yang paling popular selepas Ultraman. Mana tidaknya, kenakalan Shin Chan sahaja sudah cukup membuatkan penonton tidak kering gusi. Namun, tahukah anda kisah di sebalik karekter ini?&*$%^%Bagi anda yang lahir sekitar tahun 1990-an, watak kanak-kanak berusia lima tahun itu sering kali ditunggu-tunggu apabila tibanya hujung minggu. Shin Chan sangat nakal dan sering dimarahi ibunya. Ada kalanya Shin Chan berlagak seperti orang dewasa apabila melihat wanita-wanita cantik dan seksi lalu di hadapannya. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar membuat tarian belalai gajah dan tarian punggung.$@!
,,,,BERMULA SEBAGAI KOMIK MINGGUAN....
,,,,,Kartun animasi Shin Chan karya Yoshito Usui sebenarnya sudah lama diterbitkan. Ia bermula dari komik yang diedarkan secara mingguan dalam majalah Weekly Manga Action oleh syarikat penerbitan Futaba pada tahun 1990. Oleh kerana permintaannya yang tinggi, sekitar tahun 1992 kartun animasi itu kemudiannya diadaptasi ke siaran televisyen menerusi TV Asahi. Crayon Shin Chan juga turut dibeli dan dialih suara kepada lebih dari 26 bahasa termasuk bahasa Malaysia.....
,,,,,TERKORBAN DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA.....
,,,,,Kembali kepada persoalan, menurut beberapa carian mendakwa kisah Shin Chan sebenarnya diadaptasi dari kisah benar. Ia bermula apabila penerbitnya Yoshito Usui tertarik dengan kisah seorang ibu, Misae yang sangat merindui anak-anaknya, Shinosuke dan Himawari. Mengikut kisah, adik beradik ini meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.....
,,,,,Ketika kejadian, si abang ternampak adik sedang bermain berhampiran jalan raya. Kemudian datang sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Sedar bahaya yang menanti, Shinosuke berlari ke arah adiknya dengan harapan dapat menyelamatkan Himawari dari rempuhan kereta terbabit. Malangnya, mereka berdua terkorban di tempat kejadian.....
..KRAYON & IMIGINASI MISAE,,
,,,,Satu hari, Misae dan suaminya menemui krayon milik Shinosuke di dalam keretanya dan menjadikan krayon itu sebagai barang peninggalan paling disayangi mereka berdua. Oleh kerana terlalu rindukan Shinosuke dan Himawari, Misae kemudiannya melukis watak-watak anak kesayangannya seolah-olah mereka masih hidup sambil berkhayal. Dipercayai, krayon itulah yang menjadi tajuk animasi Crayon Shin Chan.....
,,,,Jalan cerita, watak, karekter dan sebagainya dikatakan dibuat berdasarkan imiginasi ibunya yang terlalu sedih atas kehilangan anak-anaknya. Misae berharap dengan terhasilnya lukisan-lukisan sedemikian membuatkan dia merasakan anak-anaknya masih hidup. Apalagi watak-watak Shin Chan yang degil, gatal, mengada-ngada dan sebagainya kelihatan sangat dekat dan begitu mesra dengan kita semua.....
...,,KISAH BENAR REKAAN ATAU SEBENAR?....
,,,,Sungguh pun begitu, hakikat kisah tersebut masih lagi menjadi perdebatan antara peminat dan penonton di Jepun. Ada yang mengandaikan kisah itu hanyalah rekaan semata-mata dan ada juga yang menganggap ia benar-benar berlaku. Apa yang pasti, Crayon Shin Chan lebih ditonton oleh orang dewasa berbanding kanak-kanak kerana mesej yang cuba disampaikan....
,,,,Selain kenakalan Shin Chan yang menghiasi kartun animasi itu, keunikan lain seperti gaya bahasa turut menjadi tarikan ramai. Ini kerana banyak bahasa yang digunakan amat sukar diterjemahkan ke dalam bahasa lain selain bahasa Jepun Oleh kerana itu, kartun itu sangat dekat dengan jiwa mereka.....
..,,,Walaupun kartun animasi Crayon Shin Chan mendapat tarikan di seluruh dunia, namun pada September 2009 negara matahari terbit itu digemparkan dengan kematian Yoshito Usui. Dia dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh ketika mendaki di pergunungan Arafune, Jepun. Ramai yang percaya Yoshito Usui mati akibat membunuh diri selepas mengalami tekanan perasaan sebelum itu. Walau bagaimanapun, kematiannya masih menjadi misteri hingga ke hari ini. - INFINITI...//,
0 comments: