KENAPA PERLU B0GEL MASA DIDEWAN BEDAH??

00:00 baron daos 0 Comments







@$!Jika sebelum ini agak menjadi tanda tanya di kalangan orang awam, kenapa di hospital perlu tanggalkan pakaian pesakit apabila handak dibedah, contohnya, jika ingin lakukan pembedahan di kaki, kenapa perlu bogelkan pesakit?$@

@$Persoalan ini telah lama bermain difikiran orang ramai, ia membuatkan ramai tertanya-tanya sehingga ada yang membuat andaian sendiri.%#

Terbaru, melalui artikel yang ditulis oleh Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir bagi menjawab persoalan yang ditulis di laman sosial mengenai perkara ini.

Satu tulisan yang di 'print screen' di laman sosial telah mempersoalkan prosuder tersebut.





$@Berpandukan persoalan dan andaian itu, Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir merupakan seorang Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka telah menulis penjelasan panjang lebar untuk diberitahu kepada umum yang masih belum faham mengenai perkara ini.%^%

Berikut adalah tulisan beliau,

Semalam saya telah membuat satu posting bagi memperjelaskan tentang isu sensiviti gender dan aurat pesakit yang kononnya terabai dan tidak terjaga di hospital.

Alhamdulillah ia menerima respons positif dan semakin ramai yang memahami realiti sebenar dan skop kerja penjawat awam di sektor kesihatan khususnya para doktor, jururawat dan juga MA.

Namun komentar seorang wanita ini telah menarik perhatian saya (rujuk gambar). Ia agak lucu sebenarnya kerana menunjukkan betapa masyarakat awam begitu memandang serong dan bersangka buruk pada prosedur perawatan yg diberikan kepada pesakit. Saya kira cerita2 seperti inilah yang akan melompat dari mulut ke mulut sebagai cerita2 seram rakyat dan mitos atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'Urban Legend'.

Beliau mempertikaikan jawapan balas dari jururawat bahawa waris pesakit adalah orang yang paling elok menguruskan pampers, memandikan, mencuci najis dan kencing pesakit mengikut hukum Islam memandangkan masyarakat begitu keras mengkritik warga KKM sebagai tidak sensitif terhadap isu aurat dan tidak sensitif gender kononnya.

Beliau (pengkomen) berkata bahawa ada ketikanya sungguhpun waris menguruskan perkara tersebut, terdapat waktu dan ketika pesakit berada luar dari kawalan dan pemantauan waris contohnya ketika pembedahan.

Ringkasnya, beliau membangkitkan 4 perkara ini di dalam komennya:

1. Pesakit memakai pampers kerana tidak boleh berjalan ke tandas kerana patah kaki.

2. Pesakit perlu menjalani operation kaki memasukkan besi.

3. Di dewan bedah pembantu/nurse telah diarahkan oleh doktor untuk membuka pampers pesakit atas alasan 'menggangu tugas doktor'.

4. Beliau menimbulkan pertanyaan, kenapakah alat sulit didedahkan sedangkan bahagian yang akan dilakuan operation adalah kaki.

Pertamanya, harus kita sedar bahawa operation yg hendak dilakukan adalah pada bahagian anggota kaki pesakit. Daripada tindakan waris yang memakaikan pampers kepada pesakit jelas menunjukkan bahawa ia adalah kepatahan yang serius. Ini ditambah pula dengan pembedahan memasukkan besi yg perlu dilakukan di dewan bedah. Ia memberi maksud bahawa tulang yang terlibat adalah tulang besar (long bones) seperti femur atau tibia.

Jika melibatkan tulang2 kecil, amat jarang pesakit mahu memakai pampers. Mereka lebih suka bergerak sendiri ke tandas dengan kaki yg bersimen bagi menunaikan hajat. Para perawat juga akan menggalakan mereka bergerak seandainya stabil bagi mengelakkan mereka mengalami penyakit sumbatan darah dalam salur darah kaki atau Deep Vein Thrombosis (DVT) akibat kurang pergerakkan.

Memandangkan operation perlu dilakukan di dewan bedah, adalah menjadi satu prosedur rasmi mana2 dewan bedah seluruh dunia agar pesakit memakai gown dewan bedah. Semua pakaian pesakit termasuk pakaian dalam dan juga barang2 kemas mestilah ditanggalkan dan tidak boleh dibawa masuk ke dewan bedah.

Bukan hanya pesakit sahaja yang perlu melakukan demikian, para doktor, jururawat, MA serta sesiapa sahaja yang ingin masuk ke dewan bedah perlulah menanggalkan pakaian mereka dan memakai pakaian dewan bedah yang telah disediakan!

Ini adalah kerana dewan bedah mahu mengekalkan sterliti atau kawasan suci kuman. Pakaian2 anda di luar dan pakaian dalam semestinya mempunyai kuman dan berpotensi merebak ke dalam luka anda apabila pembedahan dilakukan. Oleh itu spender dan pantist anda tak kira apa brand dari semahal Calvin Klein atau semurah brand ayam pasar malam wakaf che yeh perlu ditanggalkan. Pampes juga perlu ditanggalkan apatah lagi pampers yang sedang menakung najis! Ini adalah kerana kuman mmg amat suka untuk 'menginap' di pakaian khususnya pakaian dalaman anda.

Jika operation hendak dilakukan di sesuatu bahagian anggota badan, kawasan tersebut sememangnya perlu didedahkan. Kami bukan bomoh bedah batin yang boleh mengeluarkan batu karang dengan jari dari depan abdomen tanpa luka. ��������

Tolong jangan keliru profesion kami dengan para bomoh tersebut.

Kawasan yang didedahkan sewaktu pembedahan oleh doktor adalah kawasan yang perlu sahaja. Selebihnya akan ditutup dengan draping towel yang tebal kerana kita tidak mahu kuman dari anggota badan pesakit yang terdedah merebak dan masuk ke dalam luka pembedahan.

Suhu di dalam dewan bedah juga adalah ditetapkan rendah antara 18 hingga 20 darjah celcius bagi mengurangkan aktiviti kuman. Jadi para perawat memahami pesakit kesejukan kerana berpakaian ringkas. Oleh itu pemanas/warmer dan tuala2 sterile yg panas akan digunakan untuk membungkus pesakit dan meminamakan sebanyak mungkin anggota badan yg terdedah. Kita tidak mahu pesakit mengalami hypothermia kerana ini akan memudaratkan pesakit dan meningkatkan pendarahan!
Jadi adalah amat tidak masuk akal dan tidak logik apabila dikatakan bahawa pesakit dibedah dalam keadaan bogel.

Pemikiran seperti ini mungkin terjadi akibat terlalu banyak menonton video2 tidak senonoh atau akibat fantasi peribadi yang tidak kesampaian. ��������

Kesimpulan‬:

  1.  Terdapat banyak kisah karut yang berlegar di sekeliling masyarakat kita terutamanya dalam hal perubatan.
  2.  Masyarakat diseru supaya tidak mempercayai buta2 segala yang disampaikan kepada mereka terutamanya perkara yg sedang viral.
  3.  Sila siasat kesahihan dan bertanya (konsep tabayyun) sebelum menyebarkan berita yang tidak pasti.
  4.  Rujuklah kepada orang2 yang ahli dan berilmu dalam sesuatu bidang.
  5.  Warga hospital sentiasa berusaha melindungi dan menjaga maruah pesakit setiap masa.
  6. Menjadi satu kesalahan yang amat berat seandainya maruah pesakit tidak dijaga dan didedahkan dengan sengaja dan tanpa sebab. Ia satu kesalahan etika pengamal perubatan yg boleh berhadapan tindakan di tamatkan perkhidmatan.

#$Semoga bermanfaat.%#



0 comments: