Anak PM Harap Vape Tidak Diharamkan

06:19 baron daos 0 Comments






@$%KUALA LUMPUR – Anak Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak meluahkan harapan agar kegiatan Vape tidak diharamkan sepenuhnya di negara ini.$@

$%Nazifuddin atau Nazif Najib berkata, beliau secara peribadi melihat wujud kesan positif daripada aktiviti vape jika dilakukan dengan baik dan beradap.%^

“Saya sokong vaping jika ia dilakukan dengan adab dan tatacara yang betul. Ramai juga kenalan saya yang vape, malah ada yang telah berhenti merokok.

“Saya berharap agar industri ini terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju dengan pengharaman vaping. Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui status di Facebook miliknya yang dimuat naik dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menurut Nazif, yang menjadi isu dan masalah ialah apabila vaping menjadi aktiviti yang dilakukan tanpa kawalan sehingga membawa kepada ketagihan.

Tambahnya, Vaping adalah satu alternatif yang baik kepada merokok.

“Saya merasakan ia masih kekal sebagai alternatif merokok dan kita seharusnya mengiktiraf inovasi dan kreativiti yang telah timbul dari industri ini. Yang hebatnya, kebanyakan produk terbaik seperti perisa jus vape datang dari usahawan muda tempatan,” katanya.

@#!~Bagi memperlihatkan sokongan terhadap aktiviti Vape yang sihat, Nazif sebentar tadi melawat sebuah kedai Vape di Cyberjaya dan meluangkan masa dengan anak-anak muda yang terbabit dengan aktiviti berkenaan.%^&#




0 comments: