YESSSS !!! Akhirnya Vape tidak DIHARAMKAN ! ! ! , Why?? Kenapa tidak diharamkan?? Fuhh memang suspen kenyataan Menteri ni. Jom Baca lagi

02:06 baron daos 0 Comments





~!#PUTRAJAYA – Berita baik buat semua penggemar vape serta peniaga rokok elektronik ini yang mungkin dapat menarik nafas lega (penuh berasap) malah tidak perlu risau dan gundah gulana lagi buat masa sekarang.$@~

#Mesyuarat mingguan jemaah Kabinet pada Jumaat ada membincangkan hal tersebut dan memutuskan kerajaan pada masa ini tidak berhasrat mengharamkan pengunaanvape yang semakin popular dalam kalangan rakyat.

Menurut portal tempatan AgendaDaily, khabar gembira tersebut disampaikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman Facebook pada tengah hari Jumaat.

Keputusan tersebut sekali gus mematikan ‘spekulasi liar’ kemungkinan vapediharamkan ekoran kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramanian bahawa kementerian itu sedang mempertimbangkan hal berkenaan.

Namun Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya pada Khamis ada berkata, adalah terlalu awal untuk mengatakan kerajaan akan haram penggunaan vapeseperti kecoh diperkatakan beberapa pihak sebelum ini.

Ini kerana kementerian berkenaan masih lagi sedang dalam perbincangan secara teliti bagi mewujudkan sebuah undang-undang baharu yang melibatkan kawal selia segala urusan tembakau, vape dan juga shisha.




!@“Sekarang kami sedang menjalankan perbincangan melibatkan isu ini. Masih terlalu awal untuk mengatakan kami akan mengharamkan vape sepenuhnya,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen pada Khamis.#!3

Dr. Hilmi berkata, undang-undang sedia ada membabitkan tembakau langsung tidak pula melibatkan vape dan shisha, bahkan undang-undang sekarang hanya melibatkan tembakau tertakluk di bawah Akta Makanan 1993.

“Itu tidak cukup kuat sebab tidak masuk vape dan juga shisha. Kita akan wujudkan undang-undang baharu. Kita belum putuskan sama ada untuk kawal atau haram sepenuhnya. Masih terlalu awal cakap mengenai itu,” katanya.

Beliau seterusnya lagi berkata, sekiranya vape diharamkan, rokok juga akan dikenakan tindakan yang sama kerana secara teknikal dan logik, kedua-duanya pun mengandungi bahan kimia dikenali sebagai nikotin.

“Sebab kalau kita nak haramkan vape, kita juga kena haramkan rokok, sebab vape juga mengandungi nikotin. Jadi, kalau kita haramkan vape, apa pula tindakan untuk tembakau? Itu isunya di sini,” kata Dr. Hilmi.

%#Sehubungan itu, beliau menegaskan, kajian secara holistik perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan rasmi dapat diambil kementerian berkenaan#!

0 comments: