Dituduh "KURANG AJAR" kerana makanan di tengah - tengah kesesakan jalan raya ? Why ? Salah ke? Apa yang dijual ?

09:57 baron daos 0 Comments






@$%^Sudah lama juga saya tidak masuk ke Kuala Lumpur pada waktu pagi di hari kerja. Hari ini saya keluar awal dari rumah, 6.20 pagi untuk mengadili pertandingan memasak peringat nasional. Untuk masuk ke pusat bandar, pagi-pagi begini kebiasaannya saya akan melalui lebuh raya NKVE-DUKE dan menyusur keluar melalui Jalan Semarak (Jalan alternatif saya) untuk menuju ke Jalan Raja Laut.~!


Bila menyusur keluar dari DUKE dan ke Jalan Semarak ini, saya harus membuat pusingan U. Di sinilah saya bertembung dengan peniaga kurang ajar ini.


Dia hanya menjual kopi pekat melekat dengan sandwich. Itu saja jualannya. Saya kagum dengan gaya perniagaan yang dilakukannya. Di pusingan U ini setiap kereta akan mengambil sekurang-kurangnya hampir lima minit untuk melepasi pusingan ini.


Peniaga ini benar-benar menangguk di air keruh, kurang ajar betul. Berpakaian seperti di bistro atau warung kopi mewah berbekalkan banting menunjukkan gambar secawan kopi kawa pekat melekatt dengan harganya RM2.00 tanpa GST!


Di pagi buta macam ini tentu akan membuka mata anda. Ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli bekalan sarapan pantas sebelum masuk kerja.


Kepada sahabat-sahabat yang melalui jalan ini, apa lagi? Tapau dan belasah peniaga kurang ajar ini. Biar lidah anda melikat dengan kopi pekatnya. - Johari Edrus^

0 comments: